Wayang kulit ialah seni tradisional yang berasal dari tanah Jawa, Indonesia. Wayang ialah istilah bahasa Jawa yang bermakna “bayangan”. Hal ini disebabkan karena penonton juga bisa menonton wayang dari belakang kelir atau hanya bayangannya saja. Wayang kulit dimainkan oleh seorang dalang yang juga menjadi narator dialog tokoh-tokoh wayang, dengan diiringi oleh muzik gamelan yang dimainkan sekelompok nayaga dan tembang yang dinyanyikan oleh para pesinden. Dalang memainkan wayang kulit di balik kelir, iaitu layar yang terbuat dari kain putih, sementara di belakangnya disorotkan lampu listrik atau lampu minyak (blencong) agar para penonton yang berada di sisi lain dari layar dapat melihat bayangan wayang yang jatuh ke kelir. Untuk dapat memahami cerita wayang (lakon), penonton harus memiliki pengetahuan akan tokoh-tokoh wayang yang bayangannya tampil di layar.
Wayang kulit telah diakui oleh UNESCO pada tanggal 7 November 2003 (setelahnya 2008), sebagai karya kebudayaan yang mengagumkan dalam bidang cerita narasi dan warisan yang indah dan berharga (Bahasa Inggeris: Masterpiece of Oral and Intangible Heritage of Humanity) daripada Indonesia.] Wayang kulit lebih popular di Jawa bahagian tengah dan timur, sedangkan wayang golek lebih lazim dimainkan di Jawa Barat.
Perkataan “wayang” merupakan pinjaman bahasa Jawa yang kata warisan (doublet) seakar perkataan “bayang“, ia pada asalnya bermaksud “patung“
Wayang kulit dimainkan oleh seorang dalang yang juga menjadi narator dialog tokoh-tokoh wayang, dengan diiringi oleh muzik gamelan yang dimainkan sekelompok nayaga dan tembang yang dinyanyikan oleh para pesinden. Dalang memainkan wayang kulit di balik kelir, iaitu layar yang terbuat dari kain putih, sementara di belakangnya disuluhkan lampu eletrik atau lampu minyak (dian), sehingga para penonton yang berada di sebelah berlawanan layar dapat melihat bayangan wayang yang berada ke kelir. Untuk dapat memahami cerita wayang (lakon), penonton harus memiliki pengetahuan akan tokoh-tokoh wayang yang bayangannya tampil di layar.
Di Malaysia, terdapat empat jenis persembahan wayang kulit iaitu Wayang Kulit Melayu, Wayang Kulit Gedek, Wayang Kulit Purwa (atau Wayang Kulit Jawa) dan Wayang Kulit Kelantan (atau Wayang Kulit Siam). Kesemua empat jenis wayang kulit ini boleh ditemui di Semenanjung Tanah Melayu.
Wayang Kulit Melayu Kelantan dikatakan berasal dari Kemboja dan dibawa masuk melalui Patani, Selatan Thailand. Ceritanya berdasarkan Hikayat Ramayana dan penglipur lara tempatan. Watak-watak wayang kulit ini menggunakan loghat Kelantan. Antara watak penting ialah Hanuman, Sri Rama, Sita Dewi, Maharaja Rawana dan Laksamana.
Wayang Kulit Jawa dikatakan berasal dari Wayang Kulit Purwa Suku Jawa, Pulau Jawa, Indonesia. Patung-patungnya membawa watak dari cerita Mahabharata dan cerita-cerita Panji. Wayang kulit ini diperkenalkan ke negeri Kelantan pada 1834 oleh seorang tok dalang Melayu selepas mempelajari teknik-teknik Tok Dalang di Pulau Jawa. Watak wayang kulit ini ialah Sang Kula, Raden Galoh Cendera Kirana, Arjuna, Sang Dewa dan Raden Inu Kartapati.
Wayang Kulit Purwa terkenal di kawasan selatan Semenanjung Tanah Melayu. Ia menggunakan bahasa Jawa.
Wayang Gedek terkenal di Kedah dan Perlis. Ia menggunakan loghat utara (kedah-Perlis). Dua watak utama ialah Etong dan Ekau. Wayang jenis ini menggunakan patung yang berpakaian moden seperti kebaya pendek.
Di Malaysia ada terdapat empat jenis wayang kulit kesemuanya iaitu wayang kulit kelantan, wayang kulit melayu, wayang kulit gedek dan wayang kulit purwa.
- Wayang Kulit Kelantan – Wayang kulit jenis ini juga di kenali sebagi wayang siam, kerana negeri kelantan pada suatu masa dulu di bawah naungan patani dan patani ni di percayai menjadi pusat kesenian yang terdapat makyung, menora dan wayang kulit. Cerita wayang kulit kelantan kebanyakannya adalah saduran dari epik ramayana versi thai. se orang dalang perempuan berbangsa thai bernama mak eghak adalah di anggap orang yang pertama mendalang dalam wayang jenis ini di kelantan. Patung2 wayangnya juga terutama patung Sri Rama dan Laksemana adalah lebih mirip ke arah pakaian tradisional orang selatan thai. Itulah juga makanya wayang tersebut di sebut sebagai wayang siam
- Wayang Melayu – Wayang kulit melayu ini di mainkan oleh masyarakat di Kelantan, Terengganu, Kedahdan Patani. Cerita yang di lakonkan juga adalah dari epik Mahabharata (Padawa Lima) dan Ramayana, yang terbanyak sekali adalah dari hikayat Panji. Patung wayang kulit jenis ini lebih mirip kepada patung wayang purwa tetapi terdapat beberapa pengubahsuaian menjadi hampir kepada patung wayang gedog.
- Wayang Gedek – Wayang ini biasanya di mainkan oleh Orang Siam. Di negeri Kedah, wayang gedek ini di mainkan oleh Orang Melayudengan memakai loghat utara. Cerita-cerita yang selalu dibawanya ialah cerita2 yang bercampur dari hikayat lama dan cerita tanggaman yg baru seperti cerita awang kudis buta. Kalau zaman dahulu ada juga di mainkan cerita dalam hikayat ramayana seperti Phra lak. Patung wayangnya bersaiz kecil kebanyakannya mempunyai pandangan muka pada posisi depan.
- Wayang Purwa – Wayang purwa ini biasanya di mainkan oleh Orang Malaysiaberketurunan Jawa di Johor dan Selangor. Cerita yang di lakonkan ialah dari epik Mahabharata danjuga epik Ramayana. Alat2 muzik yang mengiringi permainan wayang purwa di panggil gamelan dan nadanya pula slendro.