PENDIDIKAN
Sekolah Menengah Agama Persekutuan Bentong (SMAP Bentong) atau lebih dikenali sebagai SUPERB (berasal daripada Sekolah Ugama Persekutuan Bentong) ialah Sekolah Berasrama Penuh ketujuh dan Sekolah Berasrama Penuh bertempat di Pahang Darul Makmur. Sekolah ini ialah Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) yang pertama ditubuhkan di Pahang dan yang ketiga di Malaysia selepas Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang. Di samping itu, Sekolah Menengah Agama Persekutuan Bentong ialah Sekolah Berasrama Penuh yang pertama dan sekolah perintis dalam melaksanakan Program oleh Kementerian Pelajaran (Malaysia) iaitu Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) sejak 2014 di mana pelajar akan menjalani program Tahfiz dalam sepanjang 5 tahun pengajian, yang mana program ini akan disepadukan dengan akademik mereka. Dengan status ‘SBP Tahfiz Model Ulul Albab’, SMAP Bentong bertujuan untuk melahirkan pelajar al-huffaz muda dan proaktif dengan keputusan kokurikulum dan akademik yang cemerlang dan sangat baik. Program ini akan diikuti oleh beberapa SBP dipilih selepas pelaksanaan pertama di SMAP Bentong. Pembinaan SM Agama Persekutuan Bentong bermula pada 10 April 2008 dan telah disiapkan pada Oktober 2011 dengan jumlah kos RM56.6 juta. Sekolah ini telah dibina di atas 40 ekar tanah, dibina dengan berinfrastruktur moden. SMAP Bentong telah beroperasi sepenuhnya pada 11 Jun 2012 dengan bantuan guru-guru dan kakitangan terawal terdiri dari 20 oran guru dan 8 orang kakitangan. SMAP Bentong telah menerima beberapa anugerah dan sijil sepanjang tahun seperti Program Simposium Antarabangsa SBP, Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh dan lain-lain. Mahallah SMAP Bentong (SUPERB) telah dianugerahkan “Anugerah Platinum” oleh Sekolah Berasrama Penuh (SBP) semasa majlis Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh (HKSBP) kerana kemampuannya dalam menyediakan asrama yang kondusif, sistematik dan bersih untuk pelajar. SMAP Bentong telah dibina di sebuah pekan kecil bernama Mempaga (FELDA Mempaga) yang agak jauh dari bandar. Pekan terdekat ialah Bentong iaitu 30 minit dengan bas dan Karak. Lokasi geografi SMAP Bentong benar-benar membuat sekolah ini tempat yang sangat selesa kepada pelajar untuk belajar di mana kawasan sekolah dipenuhi dengan pemandangan indah dan memukau dengan bukit dan pokok-pokok kelapa sawit. Kedudukan sekolah ini menjadi lebih kondusif dan selamat. “Melangkaui Kecemerlangan” atau dalam bahasa Inggeris “Exceeding Excellence”. Hal ini adalah atas kecemerlangan dalam kedua-dua pencapaian akademik dan kurikulum yang hebat. Slogan “SUPERB UNGGUL PENCETUS REFORMASI BERINTEGRITI” telah dicetus oleh Bonda Pengetua, Puan Umi Nafisah bt Md Sirat dalam usaha meletakkan nama SUPERB setanding dengan SEKOLAH BERASRAMA PENUH yang lain. SM Agama Persekutuan Bentong (SUPERB) menekankan 3 prinsip utama kehidupan iaitu AGAMA (AGAMA / IMAN), ILMU (BERPENDIDIKAN) dan AMAL (JASA). Kombinasi antara tiga elemen ini adalah penting untuk menjadikan para pelajar yang cemerlang dalam kedua-dua apek iaitu duniawi dan ukhrawi.