Pejabat Pendidikan Daerah memainkan peranan penting dalam menentukan halatuju pendidikan. Terdapat 11 Pejabat Pendidikan Daerah di Pahang, iaitu PPD Bentong, PPD Raub, PPD Cameron Highlands, PPD Bera, PPD Kuantan, PPD Maran, PPD Temerloh, PPD Jerantut, PPD Lipis, PPD Pekan dan PPD Rompin. Kesemua PPD ini membantu menyediakan segala maklumat yang dikehendaki oleh Jabatan Pendidikan Daerah dan Kementerian Pendidikan Malaysia.
Fungsi :
- Mewakili JPN dalam segala urusan pentadbiran jabatan di peringkat daerah.
- Bertanggung jawab mengenai perjalanan pentadbiran sekolah peringkat daerah.
- Bertanggungjawab menggariskan dasar pentadbiran sekolah peringkat daerah.
- Bertanggungjawab mengenai pertukaran dan penempatan guru-guru di sekolah termasuk urusan perlantikan, penempatan dan penamatan GSTT dan Guru Ganti.
- Mencadangkan penempatan dan pertukaran penyandang jawatan kenaikan pangkat dan jawatan pengurusan serta jawatan kanan.
- Bertanggungjawab mengenai pertukaran dan penempatan murid-murid sekolah di dalam daerah.
- Bertanggungjawab mengenai keperluan pelajaran dari segi pengambilan tanah, pembangunan fizikal, kemudahan sekolah, rumah guru dan asrama di peringkat daerah.
- Memantau semua kegiatan kurikulum dan kokurikulum di peringkat daerah.
- Berusaha bagi mempertingkatkan prestasi akademik dan kokurikulum sekolah-sekolah dalam daerah.
- Menyelia institusi Pendidikan swasta serta memastikan intitusi tersebut menjalankan Dasar Pendidikan Kebangsaan dengan berkesan.
- Membantu mengendalikan urusan tatatertib guru-guru dan staf bukan guru.
- Menyedia Laporan Nilaian Prestasi Tahunan pegawai-pegawai dan guru-guru dalam daerah.
- Menguruskan perakuan Pergerakan Gaji bagi daerah pendidikan.
- Bekerjasama dengan jabatan dan agensi-agensi lain untuk menjalankan aktiviti di peringkat daerah pelajaran.
- Penghubung antara masyarakat dengan JPN dan KPM.
- Menjalankan lain-lain tugas yang diarahkan oleh JPN.
OBJEKTIF :
- Memberi peluang pendidikan yang sama rata kepada semua murid
- Melahirkan murid yang cemerlang dalam aspek sahsiah, sukan dan kokurikulum.
- Meningkatkan bilangan sekolah yang berprestasi tinggi dalam peperiksaan awam.
- Meningkatkan tahap pengurusan dan pentadbiran sekolah yang berlandaskan pematuhan terhadap prosedur pengurusan, arahan perbendaharaan dan tatacara kewangan.
- Meningkatkan kepakaran pegawai perkhidmatan pendidikan untuk menjadi pendidik dan pemimpin yang lebih berkesan.
- Membentuk pasukan pemimpin pendidikan yang berilmu dan berketrampilan untuk mengurus sekolah kea rah kecemerlangan.
- Mengurus serta menyediakan prasarana, aplikasi dan peralatan ICT yang mencukupi dan kondusif untuk menyokong kelangsungan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
- Memantapkan system pengurusan dan perkhidmatan yang berkulaiti melalui penambahbaikan yang berterusan bagi memenuhi tuntutan piagam pelanggan berlandaskan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK)
- Membina perhubungan dan pemuafakatan pendidikan yang kukuh dan berkekalan dengan agensi luar bagi menjamin pendidikan dapat diteruskan sepanjang hayat.