Pasti ialah institusi pendidikan yang ditubuhkan sebagai pilihan kepada masyarakat yang cintakanpendidikan Islam. Walaupun ianya adalah pendidikan prasekolah, Pasti tetap memainkan peranan yang penting dalam memberi alternative pendidikan Islam kepada masyarakat. Visi PASTI cukup jelas iaitu melahirkan insan yang beriman dan beramal soleh . Kurikulum PASTI dibangunkan untuk mencapai matlamat 5M iaitu membaca, menulis, mengira, menghafal dan mengamalkan ilmu yang dipelajari. Pendidikan agama Islam lebih di utamakan berbanding matapelajaran lain. Kerana itu pelajar dari Pasti lebih dahulu pandai membaca doa dan surah-surah pendek berbanding pelajar di sekolah tadika biasa.