Tahun ini merupakan tahun paling gembira buat pelajar sekolah dan para guru kerana bermulanya Ramadan, bermakna bermulanya cuti semester persekolahan. Cuti sekolah sewaktu di bulan Ramadan adalah selama dua minggu manakala cuti sekolah pada bulan Syawal adalah selama satu minggu. Ternyata cuti persekolahan semasa bulan Ramadan membawa manfaat kepada semua, terutamanya kepada para pelajar kerana dapat meluangkan lenih masa di masjid kerana tidak perlu bergegas untuk ke sekolah. Mereka boleh melaksanakan solat Tarawikh dan Qiamulail bersama ibu bapa dalam keadaan yang selesa.